I went to bed around 4am last night. I was forced to wake up at 6 something this morning and send Ihsaan to the school.
Aku buka pintu rumah, cuaca dingin. Matahari bangkit memberi sedikit sinar. Kabus masih menyelimuti. Jalanraya basah kesan hujan malam tadi. Konon mahu bersimbiosis dengan suasana, aku pasang lagu Postcard From 1952 di dalam kepala.
"Cepat, nanti lambat." Aku kata pada Ihsaan.
Ihsaan segera sarung kasut, galas beg dan kami menghala ke sekolah. Sepanjang perjalanan yang singkat, kami tidak berbicara. Mungkin kerana lagu Postcard From 1952 masih berkumandang. Cuma sekali aku pandang wajah Ihsaan, aku senyum. Ihsaan pula kekal dengan ekspresi stoic.
Di depan pintu pagar sekolah, aku tanya, "Ihsaan balik pukul--"
Belum sempat aku habiskan ayat, dia sudah lari menerpa ke dalam sekolah.
Dan sewaktu pulang, lagu Trembling Hands mengambil alih dan iramanya mula menari girang di dalam kepala.
Ianya pagi Jumaat yang indah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan