So we arrived, sat down and ready for dinner.
Sedia menunggu kami di restoran adalah Chem, Chah dan lain-lain. Kami tiba pada pukul 10, yakni sejam lewat dari rancangan asal. I know we are late tetapi salahkan cuaca dingin pasca-hujan yang membuatkan kami serumah keberatan untuk mandi dan bersiap. Due to our lateness, I would consider this as a failed dinner.
Nevermind, there's always a next time. Or maybe not.
Aku selesakan diri dengan membelek kad menu atasbawahdepanbelakang dengan teliti sebelum memesan makanan. Suasana dingin sedikit sebanyak membuatkan perut aku minta segera diisi. Pelayan yang mengambil pesanan di meja kami adalah seorang perempuan muda. Cantik, manis bertudung dan punyai senyuman menawan. Kombinasi yang tidak pernah gagal membuatkan aku berkata, "Oh Tuhan, nais one!"
"Lawa kan dia? Sweet." Aku kata pada Chah tatkala melihat pelayan ini meloncat dari satu meja ke meja lain mengambil pesanan.
"Kakak." Chah panggil, menyaksikan pelayan itu tadi berpaling menoleh ke arah kami. "Dia cakap kakak lawa," sambil jarinya menuding ke arahku. Pelayan itu tersenyum sebelum berlalu pergi, segan barangkali.
Segera aku alihkan pandangan pada Chah. "Hey, you don't have to say it to her but anyway, thank you," aku kata dalam hati.
Setelah selesai urusan pembayaran, little did I know, pelayan itu tadi, menurut Chah, sudah bertunang dan bakal berkahwin pada bulan hadapan.
"Bulan ni last dia kerja sini," Chah beritahu aku.
"Umur dia berapa?" aku tanya selepas buntu untuk memberi reaksi apa.
"24."
"Damn it," aku jerit di dalam hati, spontan.
This is a failed dinner. Totally.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan